Friday, August 14, 2009
Pesanan Roh Kepada Manusia
www.familiazam.com
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh"
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
www.familiazam.com
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".
www.familiazam.com
"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku"".
www.familiazam.com
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu".
www.familiazam.com
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya".
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
www.familiazam.com
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain". Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan".
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu".
www.familiazam.com
Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir".
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah".
www.familiazam.com
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu" Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.
www.familiazam.com
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: "Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama. Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Masih Tidak Bertemu Jodoh
Ada 6 faktor mengapa masih tidak bertemu jodoh.
Usaha sudah dibuat tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh? Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan:
Usaha Belum Sempurna
“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.
Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh? Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.
Belum Benar-benar Bersedia
“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.
Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.
Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.
Tiada Daya Penarik
“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.
Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.
“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.
Doa Tidak Makbul
“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.
Restu Ibu Bapa Belum Total
“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.
Banyak kes dulu sampai sekarang.
Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.
Faktor Metafizikal
“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.
Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah
Monday, August 10, 2009
Tiga Belas Aurat Wanita
Tiga Belas Aurat Wanita
- Bulu kening-menurut Bukhari, Rasullullah melaknati perempuan yang mencukur tau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening-Petikan dari Hadits Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
- Kaki memakai gelang berloceng- dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki atau mengagangkatnya agar diketahui perhiasan mereka sembunyikan -Petikan dari surah An-Nur ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan atau melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah.
- Wangian-siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suautu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidung belang-Petikan dari hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan hibban.
- Dada- hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka-Petikan surah An-Nur ayat 31.
- Gigi-Rasullullah melaknat perempuan yang mengikir gigig atau diminta supaya dikikirkan giginya-Petikan dari hasi riwayat At-Thabrani, dilaknat perempauan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik yang merubah ciptaan allah-Petikan dari hadis riwayat Bukhari dan muslim.
- Muka dan Tangan-AsmaAbu Bakar telah menemui Rasullullah dengan memakai pakainan yang tipis. Sabda Rasullluallah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja- Petikan dari hadis riwayat muslim dan bukhari.
- Tangan-Sesungguhnya kepala yng ditusuk dengan besi itu lebih baik dari menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya- Petikan dari hadis riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
- Mata-dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari padangannya-Petikan dari surah an-Nur ayat 31. Sabda Nabi Muhammad SAW, jangan sampai pandangan yang satu mengikut padangana lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram-Petikan dari hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, dan Tirmidzi.
- Mulut (suara)-janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya tetapi ucapkanla perkataan-perkataan yang baik-Petikan dari surah Al ahzab ayat 32. Sabda Rasullullah SAW, sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka menamakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi-Petikan dari hadis riwayat Ibn Majah.
- Muka dan leher-dan tinggallah kamu (perempaun) dirumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan:bersolek dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahilliah.
- Kemaluan-dan katakanlah kepada kepada perempuan-perempauan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka-Petikan dari surah An-Nur ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya-hadis riwayat al-Bazzar. Tiada seorang perempuan yang membuka pakainnya bukan dirumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah- Petikan dari hadis riwayat Tirmidzi, abu Daud dan Ibn Majah.
- Pakaian- Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti- Petikan dari hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
- Rambut-wahai anakku Fatimah! Adapun perempaun-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada di lihat oleh lelaki yang bukan mahramnya- Petikan dari hadis riwayat bukhari dan muslim.
Kelebihan Bismillah

- Yang pertama ditulis Qalam adalah Bismillah. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah Bismillah pada awalnya kerana Bismillah tertulis pada setiap wahyu yang allah turunkan kepada Jibrail.
- Bismillah untukmu dan umahmu, suruhla mereka apabila memohon sesuatu dengan Bismillah. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak Bismillah diturunkan kepada Adam.
- Tatkala Bismillah diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
- Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah Bismillah itu dibacakan pada orang sakit melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
- Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah Bismillah setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
- Jumlah huruf dalam Bismillah ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19. Ibnu Mas'ud berkata: " Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 kali setiap hari'.
- Tiap huruf Bismillah ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, 'Siapa yang membaca Bismillah maka kami la kekuatannya dan kamilah kehebatannya.
- Barangsiapa yang memuliakan tulisan Bismillah nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan di ampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
- Barangsiapa yang membaca Bismillah maka bertasbihla segala gunung kepadanya.
- Barangsiapa yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari ganguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
- Barangsiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali dihadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
Sunday, August 9, 2009
Hati Tidak Bahagia
- Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hatinya tentu tidak tenang.
- Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar didalam dada. Orang yang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati orang tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kene sakit jantung.
- Hasad dengki adalah amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
- Bakhil iaitu sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalij mengatakan ia tiada duit. Harusnya rezeki yang diberi Allah elok di kongsi bersama-sama contoh nya bersedekah. Kerana Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.
- Tamak iaitu orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut. Walau berapa banyak yang diminum tetap tidak abis juga. Lagipun orang yang tamak selalu rugi. Ingat yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak digunakan iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. Mungkin ada hak orang lain di situ. Biarla rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
- Tidak sabar iaitu andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. Oleh itu banyakkanlah bersabar bila menghadapi dugaan.
- Ego iaitu adalah ibu segala mazmummah jadi iai membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
- Riak iaitu terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon didepan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak.
- Cinta dunia iaitu tidak dapat menderita dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah. Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkan lah akhirat itu di hati dan dunia itu ditangan supaya dunia itu senang di bahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
wallahualam
Wednesday, August 5, 2009
3 Jenis Jodoh-Review Filem Syurga Cinta

Jodoh ada 3 jenis
- Jodoh dari Syaitan...Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan, dan terus buat maksiat, akhirnya Syuhada mengandung. Baru kamu bernikah.
- Jodoh dari Jin...Kamu berdua berkenalan, kamu sukakan Syuhada, tapi Syuhada tidak suaka kan kamu. Kamu bomohkan dan sihirkan agar Syuhada suka kan kamu. Dan kamu berdua bernikah.
- Jodoh dari Allah...Kamu berdua berpandangan mata, terus menusuk ke kalbu, kamu terus meminang Syuhada dan Syuhada terima pinangan kamu dan kamu berdua menikah. InsyaAllah berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan itu lah dikatakan Syurga Cinta.
Seperti mana yang korang tau jodoh dari syaitan dan jodoh dari jin tu dan banyak dah berlaku sekarang. Memang sungguh menakutkan sebab tu diri kita perlu di hiasi dengan iman yang kukuh. Wah aku cakap aku hebat sangat ye. Bukan begitu kita sesama manusia perlu beringat-ingat iaitu sebelum membuat apa-apa perkara yang negatif perlu la takut pada Allah, ingat ibu bapa kita dan dosa-dosa yang akan kita tanggung di akhirat nanti. Jangan terlalu enjoy sangat di dunia yang sementara so fikirla hidup kamu yang kekal di akhirat nanti.
Saya agak musykil sedikit mengenai statement dalam skrip Syurga Cinta iaitu Jodoh dari Allah. Seperti mana yang saya pernah baca mengenai soal jodoh ni. Jodoh adalah rahsia Allah. Bertemu jodoh itu bermula dengan pinangan selepas tuan punya diri membuat solat istikharat minta petunjuk dari Allah. lalu bertekad meminang si dia. Maka si dia yang menerima pinangan turut membuat solat istikharah juga minta petunjuk dari Allah lalu menerima pinangan tersebut. Maka di akhirinya dengan perkahwinan yang meghalalkan hubungan mereka. Sudah tentu berpandangan mata terus menusuk ke kalbu dan berputiknya cinta akan wujud terhadap pasangan tersebut. Sudah pasti ramai yang ingin kan jodoh dari Allah. Justeru berusahala ke arah yang di rehdai Allah. Elakkan la diri kamu cinta kerana nafsu.
Tuesday, August 4, 2009
Hati Belum Bersedia
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri atau suami tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu atau pun ayah..belajarlah dulu. Jika rasa-rasa belum bersedia untuk bersabar dengan kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutanya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Allah dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidak sempurnaan insan kepada kesempurnaan insan.
Berkahwinlah dengan niat kerana Allah dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan, nafsu dan mengikut kebiasaan. Seperti kata Dr. Fadzillah Kamsah 'Jodoh usah terlalu di risaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorong nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang'.
P/S= Aku tak bersedia lagi sebenarnye sebab hati belum terbukak lagi nak terima sape2...so tak terfikir pun nak kahwin. Tapi aku dah belajar dah sikit-sikit ilmu bergelar seorang isteri. Dah tiba masenye sure hati aku terbukak dan bersedia melangkah ke alam perkahwinan. hihihi
Bersahabatlah
Memberi Kebebasan
Menjadi sahabat yang baik tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang teman mu keluar bersama rakan-rakan yang lain. Kamu juga sibuk mengatur hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan persaan sendiri tanpa mempedulikan persaan teman mu. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya dan apa yang penting teman mu jujur dalam bersahabat.
Menahan Rasa Cemburu
Apabila bersahabat, kurangkan la perasaan cemburu kerana persaan tersebut boleh menjejaskan hubungan anda. Walaubagaimanapun cemburu yang ke arah positif adalah sangat baik, seperti teman mu sering mendapat anugerah dekan setiap semester. Maka kamu cemburu dengan teman mu itu lantas tindakan ynag terbaik adlah meningkatkan usaha untuk terus berjaya seperti teman mu itu.
Saling Memahami
Untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan menegenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu meolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang maka kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan tenatang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang perlu di bereskan. Apabila anda salaing memahami antara satu sama lain jelas dapat menunjukkan kamu adalah teman baik yang serasi.
Saling Mengalah
Demi menyelamatkan hubungan adalah tidak rugi sekiranya sekalsekala kamu mengalah dengan rakan mu. Sikap ini dapat mengeratkan persahabatan mu dan tentu teman mu berasa bahagia dan lebih menyayangi diri kamu. Tetapi sekiranya hal yang menyebabkan kamu dan teman mu jatuh hati pada lelaki yang sama, maka kamu hendaklah berbincang dengan baik bagi mengelakkan pertengkaran yang boleh menyebabkan kamu kehilangan teman mu itu.
Saling Memberi Kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain bairpun kamu sendiri tahu perkara itu bukan lah berpunca dari selahan atau kesilapan diri kamu.
P/S= Kata orang bersahabat biar seribu..berkasih biar satu...tidak rugi kalo kita ramai teman-teman kerana mereka ini la yang dapat mewarnai hidup kita dengan warna-warna bahagia.
Tertawa lah
Gelak tawa adalah baik untuk kesihatan kerana gelak tawa itu mengurangkan tekanan mental dan mengerakkan kesemua organ dalaman. Untuk pengetahuan korang semua, penyelidikan perubatan menunjukkan bahawa gelak tawa mencetuskan pengeluaran dua bahan kimia neuropeptida yang dinamakan endorfin dan enkefalin. Kedua-dua bahan kimia itu dikenali sebagai ubat penghilang kesakitan semula jadi badan. Getak tawa juga boleh menyebabkan badan mengeluarkan katkolamin bersama dengan adrenalin dan bukan adrenalin yang dipercayai mempercepatkan proses penyembuhan. Maka u all ketawa la...lihat telatah kucing kesayangan @ binatang kesayangan pun dah boleh buat kita ketawa betulkan..telatah anak2 kecil...gurau senda...u all jangan bersikap terlalu serius sangat..cuba la bergurau dengan kawan, anak, famili..amalkan hidup yang sihat..







